Ciri-ciri stesen Stesen MRT Kota Damansara

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Surian di Kota Damansara, Selangor berdekatan persimpangan Persiaran Surian dan Jalan Teknologi. Di sebelah selatan stesen adalah hospital swasta Thomson Hospital Kota Damansara manakala di utara stesen adalah Seksyen 4 Kota Damansara. Juga terletak berhampiran stesen adalah universiti swasta SEGi University, sekolah swasta Sri KDU School, SMK Sekysen 4 Kota Damansara dan taman perumahan PJU 3.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Surian)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK04  Kwasa Damansara (Kwasa Sentral)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarKedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kajang. Aras tanah (G) dipisahkan oleh jalan raya Persiaran Surian dan juga merupakan perhentian bas, teksi dan kenderaan peribadi serta pintu masuk dan keluar stesen. Setelah memasuki stesen terdapat aras legar stesen MRT Surian dimana terdapat mesin tiket, pagar tambang, kedai serbaneka, tandas awam, surau dan pusat perkhidmatan pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8][9]

Pintu stesen

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kota Damansara. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan kedua-dua pintu masuk dan keluar mempunyai kemudahan lif, eskalator dan tangga yang menuju ke platform stesen. Perkhidmatan bas pengantara beroperasi di Pintu A dan Pintu B.[10][11][12] Kedudukan Pintu A stesen terletak di selatan stesen berdekatan dengan Hospital Thomson Kota Damansara dan Sekolah Sri KDU manakala Pintu B pula terletak di utara stesen berdekatan dengan Pangsapuri Gugusan Melati dan Gugusan Matahari.[8][9]

Stesen Laluan Sungai Buloh–Kajang
PintuLokasiDestinasiGambar
ASelatan stesenPersiaran Surian
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Hospital Thomson Kota Damansara, Persiaran Teknologi, Universiti SEGi Cawangan Utama Kota Damansara dan Sekolah Sri KDU.
BUtara stesenJalan Camar 4/5
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Seksyen 4 Kota Damansara, Pangsapuri Gugusan Melati Blok A dan D, Pangsapuri Gugusan Matahari dan SMK Sekysen 4 Kota Damansara.

Reka bentuk stesen

Permandangan luar stesen MRT Kota Damansara.

Konsep reka bentuk stesen adalah sama seperti stesen MRT Laluan Kajang yang bertingkat lainnya iaitu berdasarkan konsep pondok wakaf Islam. Stesen ini adalah terbuka, tinggi dan dapat diterangi oleh cahaya semula jadi serta ia mempunyai aliran udara yang baik dan sejuk.[13][14] Stesen ini juga menggunakan pintu skrin platform demi keselamatan pengguna MRT.[15]

Rujukan

WikiPedia: Stesen MRT Kota Damansara http://www.orientaldaily.com.my/s/156188 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... http://www.spad.gov.my/land-public-transport/buses... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_kot... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_kot... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stese... https://www.bigkl.com/mrt/kota-damansara-mrt-stati... https://www.railjournal.com/regions/asia/malaysia-... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/11... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07...